Pelbagai Badan Keselamatan Ditubuhkan
oal keselamatan di kawasan ini adalahdi bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terdapat sebuah balai polis dan balai bomba berdekatan dengan kawasan Jelatek. Balai Polis Datuk Keramat terletak kira-kira satu kilometer daripada kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek manakala Balai Bomba Pudu hanya 15 minit pemanduan sahaja daripada kawasan ini. Jika terdapat sebarang aduan atau masalah berkaitan dengan jenayah dan masalah kecemasan, penduduk boleh terus merujuk kepada badan keselamatan berdekatan.
Terdapat juga Rukun Tetangga Jelatek yang diwujudkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Pihak Rukun Tetangga bertanggungjawab membuat rondaan dan menyelia kawasan sekitar PPR Jelatek. Aspek keselamatan merupakan perkara utama yang dilakukan oleh pihak tersebut. Selain itu, mereka juga mempunyai biro-biro tertentu dalam memastikan keselamatan penduduk di kawasan perumahan sentiasa berada dalam keadaan terkawal.
Selain itu, Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) juga diwujudkan di sini untuk membantu meningkatkan keselamatan. Anggota RELA terdiri daripada penduduk tempatan yang sentiasa memastikan tahap keselamatan penduduk di PPR Jelatek terkawal. Rondaan bergilir-gilir dilakukan pada waktu malam untuk mengurangkan kadar jenayah. |