Kafe Siber E-Wargakota
emudahan asas yang disediakan di sini adalah lengkap dan memenuhi kehendak penduduk setempat. Kemudahan seperti bekalan elektrik dan air disediakan bagi memudahkan masyarakat melakukan aktiviti harian. Selain itu, kemudahan lebuh raya dan jalan raya yang berturap turut menjadi medium perhubungan penting bagi penduduk di sini untuk berhubung dengan kawasan sekitar.
| |
 |
| |
| Kemudahan perhentian bas yang selesa |
|
Selain mempunyai kenderaan persendirian, kemudahan pengangkutan seperti bas awam, teksi dan LRT turut disediakan bagi memudahkan penduduk untuk bergerak di dalam kawasan Kuala Lumpur. Kadar bayaran yang dikenakan amat berpatutan. Ini menjadikan kemudahan pengangkutan awam yang disediakan sering menjadi pilihan penduduk di sini. Selain mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan, pengangkutan awam ini menjimatkan masa untuk sampai ke satu-satu destinasi.
Selain itu, kemudahan seperti Dewan Serbaguna PPR Jelatek, Pusat Komuniti Bestari disediakan di sini dengan menawarkan khidmat kafe siber untuk warga Jelatek, unit kedai, pejabat kecil Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), perpustakaan, pejabat persatuan penduduk, tandas awam, telefon awam, rumah sampah, padang permainan, surau dan pejabat pos. Kemudahan perbankan, perkhidmatan, kompleks membeli belah dan sebagainya juga boleh didapati di sekitar kawasan Kuala Lumpur.
Kemudahan Kafe Siber E-wargakota yang disediakan menawarkan khidmat teknologi maklumat kepada penduduk setempat pada kadar bayaran RM2 sejam. Ini bagi menggalakkan lebih ramai anak muda untuk memperoleh ilmu yang lebih cepat dan efisien.
|