Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Kemudahan Asas
13
Kawasan Riadah
14
Kesihatan
15
Pendidikan
16
Keselamatan
17
USP
 
   
  Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Jelatek,
Projek Perumahan Rakyat Jalan Jelatek,
Kampung Dato' Keramat
55100 Kuala Lumpur.
   
 

Penduduk Sekitar Sertai Aktiviti Kemasyarakatan

K

awasan Jelatek turut mendapat impak daripada pembangunan yang semakin rancak di bandar Kuala Lumpur, namun masih menjalankan hubungan yang baik dengan kawasan sekitarnya. Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek berjiran dengan Kampung Datuk Keramat, Setiawangsa dan Ampang. Kawasan Jelatek ini berada di bawah tampuk pimpinan parlimen Setiawangsa. Hubungan baik sesama jiran yang terjalin sejak awal pembukaan kawasan dikuatkan melalui sektor perniagaan, peluang pekerjaan di kawasan sekitarnya dan aktiviti kesukanan serta kebudayaan.

Dari sektor perniagaan, dapat dilihat bahawa penduduk di sini menjalinkan hubungan dengan kawasan sekitar melalui aktiviti perniagaan. Sebagai contoh gerai makan dan kawasan kedai-kedai runcit yang terdapat di kawasan Jelatek sering dikunjungi oleh masyarakat sekitar dan juga pengunjung luar. Selain itu, peluang pekerjaan yang meluas di kawasan sekitar membolehkan masyarakat di sini menjana pendapatan mereka. Melalui hubungan pekerjaan inilah mereka sama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman mengikut kepakaran di dalam bidang masing-masing.

 
 
Kawasan perumahan di Jelatek

Dari aspek kesukanan, golongan belia dan remaja gemar menjalankan aktiviti sukan seperti bola sepak dan futsal dengan masyarakat sekitar. Mereka sering berkumpul dan beradu tenaga sesama sendiri apabila terdapat aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) ataupun persatuan penduduk. Penglibatan yang aktif dalam bidang sukan sedikit sebanyak membantu merapatkan hubungan dengan masyarakat sekitar kawasan Jelatek.

Aktiviti kebudayaan yang aktif dijalankan oleh kaum wanita di sini juga turut mendapat perhatian masyarakat sekitar. Mereka akan sama-sama bertemu dan berbincang kaedah terbaik untuk menjayakan mana-mana aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan.

 
Penafian | Laman Web KTAK