Peristiwa Daging Korban Tertulis Kalimah ‘ALLAH’
i kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek, hal ehwal kebajikan penduduk adalah di bawah seliaan Persatuan Penduduk PPR Jelatek. Selain itu, persatuan ini juga berperanan dalam memastikan keharmonian penduduk pada tahap terkawal.
Persatuan ini sangat aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan supaya penduduk di sini mesra rakyat. Selain daripada aktiviti gotong-royong sebulan sekali, terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dianjurkan meliputi golongan kecil, remaja, dewasa dan warga tua.
Dari sudut keagamaan, pihak persatuan penduduk juga sering menjalankan aktiviti seperti menyembelih lembu ketika Hari Raya Aidil Adha dan proses pengagihan daging korban diberikan sama rata kepada setiap penghuni di kawasan Jelatek ini. Terdapat satu peristiwa bersejarah ketika aktiviti korban ini dijalankan di mana terdapat seketul daging yang mempunyai kalimah “ALLAH” dan ia menjadi antara topik perbualan hangat media dan masyarakat di Malaysia ketika itu.
Pencapaian terbaik kawasan PPR Jelatek adalah memecahkan rekod pulut kuning terpanjang pada tahun 2007. Peristiwa tersebut meletakkan nama kawasan Jelatek dalam Malaysia Book Of Records. Ini merupakan usaha dan penglibatan yang aktif daripada semua dan jawatankuasa persatuan penduduk. Selain itu, projek ini juga berjaya mendapat penajaan daripada badan swasta seperti Utusan Malaysia, Maggi, Shell dan banyak lagi. PPR Jelatek juga berhasrat untuk meneruskan pelbagai program murni seperti ini pada masa depan.
Persatuan penduduk ini sentiasa memastikan setiap program dan aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan positif dari semua. Di samping itu, mereka juga berharap untuk memajukan kawasan perumahan ini seiring dengan hasrat kerajaan dalam pembangunan negara.
|