Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Kemudahan Asas
13
Kawasan Riadah
14
Kesihatan
15
Pendidikan
16
Keselamatan
17
USP
 
   
  Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Jelatek,
Projek Perumahan Rakyat Jalan Jelatek,
Kampung Dato' Keramat
55100 Kuala Lumpur.
   
 

Iltizam Penduduk Tingkatkan Ekonomi

S

umber pendapatan penduduk di sini diperolehi melalui pelbagai bidang pekerjaan seperti perkhidmatan awam dan swasta serta cabang perniagaan. Penduduk setempat lebih gemar bekerja di sektor swasta dan mencatatkan peratus yang agak tinggi berbanding perkhidmatan awam iaitu sebanyak 25 peratus. Manakala sektor kerajaan pula sebanyak lima peratus. Penduduk-penduduk setempat yang menjalankan perniagaan sendiri juga mencatatkan lima peratus dan selebihnya iaitu sebanyak 65 peratus merangkumi penduduk yang sudah bersara.

  "Semangat juang yang tinggi penduduk Jelatek untuk sama-sama meneruskan agenda pembangunan negara adalah satu usaha murni perlu ditanam dalam diri setiap insan."
   

Sumber pendapatan sampingan bagi penduduk di kawasan Jelatek diraih melalui aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan perumahan dan kawasan sekitarnya. Terdapat juga penduduk Jelatek yang sudah lama berniaga di kawasan Pasar Keramat di mana terletak tidak jauh dari kawasan Jelatek. Selain itu, terdapat sebahagian golongan belia membuka bengkel kereta dan kedai kitar semula di kawasan perumahan. Pasar malam setiap hari Khamis juga terdiri daripada para peniaga dari kawasan Jelatek. Mereka menjual makanan, buah-buahan, aksesori serta pakaian untuk mencari sumber rezeki.

Bahan makanan asas mudah diperolehi

Setiap perniagaan yang dijalankan oleh penduduk di kawasan ini menggunakan modal individu dan dijalankan secara kecil-kecilan. Kepakaran yang diperolehi turun-temurun menjadi azam kepada penduduk untuk meneruskan perniagaan yang diwarisi dan mengembangkan empayar mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Semangat juang yang tinggi penduduk Jelatek untuk sama-sama meneruskan agenda pembangunan negara adalah suatu usaha murni perlu ditanam dalam diri setiap insan.

 
Penafian | Laman Web KTAK