Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Kemudahan Asas
13
Kawasan Riadah
14
Kesihatan
15
Pendidikan
16
Keselamatan
17
USP
 
   
 

Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Jelatek,
Projek Perumahan Rakyat Jalan Jelatek,
Kampung Dato' Keramat
55100 Kuala Lumpur.

Kemaskini Terakhir:-
21/7/2008

 

Di sebalik hiruk - pikuk keriuhan penduduk kota, terselit markas ilmiah untuk masyarakat setempat merujuk. Bangunan dua blok yang tersergam meyakinkan anda bahawa penduduk di sini tidak kekontangan ilmu kerana Perbadanan Perpustakaan Awam memilih penempatan ini sebagai cawangannya. Penduduk setempat tidak lagi perlu menuntut ilmu hingga ke negeri China, pusat ilmu sudah berada di depan mata. Jadi gunakanlah ia seadanya.

Tatkala menguak daun pintu aras bawah bangunan, terlihat deretan beberapa rak buku membarisi ruang perpustakaan cawangan Jelatek ini. Di suatu sudut dihiasi pula hasil nukilan kanak-kanak dalam pertandingan mewarna. Melihatkan suasana yang tenang dan mendamaikan, generasi muda kawasan Jelatek pasti menemui seribu satu pengetahuan yang berguna.




Belia Keusahawanan

Persatuan Anak Seni Jelatek pula merupakan kumpulan tarian dan dikir barat terdiri daripada gabungan belia dan kanak-kanak. Persembahan persatuan ini melibatkan program-program rasmi Badan Bukan Kerajaan (NGO) mahupun aktiviti persatuan penduduk sendiri. Kadar bayaran bergantung kepada keperluan perbelanjaan yang diperlukan. Kumpulan ini dibimbing oleh Ketua Biro Kebudayaan persatuan penduduk setempat iaitu Rohani Abdullah.

Kedai Capal Cap Kancil Emas yang terdapat di sini amat popular bukan sahaja di kalangan penduduk setempat tetapi juga pembeli dari luar seperti Sarawak dan Singapura. Perusahaan yang dimiliki Wahab Samaruddin telah bertapak di kawasan Pasar Datuk Keramat selama 45 tahun dan ia merupakan sumber pendapatan utama pengusahanya. Berbekalkan wang simpanan sendiri serta perniagaan yang diwarisi daripada ayahnya, kini beliau boleh tersenyum bangga melihat pasaran produk capal semakin meluas.

 
Penafian | Laman Web KTAK