Kempen Bumi Hijau
awasan Jelatek tidak menjalankan aktiviti pertanian secara aktif disebabkan faktor kawasan bandar yang mempunyai keluasan tanah yang terhad. Namun begitu, sejajar dengan Kempen Bumi Hijau yang dilancarkan oleh kerajaan telah membuatkan penduduk bercucuk tanam di kawasan perumahan mereka.
Kempen yang dilancarkan di bawah persatuan penduduk adalah untuk memupuki kesedaran dan minat penghuni kawasan pangsapuri Jelatek tentang kepentingan pertanian dalam kehidupan. Tanaman yang dijalankan di kawasan rumah untuk kegunaan isi rumah adalah pisang, serai dan cili. Tanaman yang lebih berunsurkan sayur-sayuran ini pastinya selaras dengan seruan kerajaan dan dapat memberi manfaat kepada semua.
Bantuan daripada pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur diterima penduduk di sini iaitu bantuan sebanyak 1,000 batang anak pokok pisang untuk diusahakan di bawah Kempen Bumi Hijau ini.
|