Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Batu 14, Hulu Langat
43100, Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.
   
   

Perpustakaan Desa Penyalur Ilmu dan Informasi

P

usat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK) diwujudkan sebagai usaha kerajaan merapatkan jurang di antara penduduk bandar dan luar bandar. Di Kampung Batu 14 Hulu Langat, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) menjadikan Perpustakaan Desa Batu 14 sebagai Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti. Seterusnya kerajaan berhasrat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah, klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan.

"Para pelajar menggunakan sumber ini untuk mencari informasi terkini dengan melayari laman web terpilih dengan percuma."  
   

Perpustakaan Desa Batu 14 ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 di bawah Perpustakaan Awam Selangor dan Perpustakaan Negara. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor ketika itu, Y.A.B Dato’ Haji Abu Hassan Haji Omar. Perpustakaan Desa Batu 14 beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00. Khidmat pinjaman dan pemulangan buku disediakan untuk semua pengunjung. Tempoh peminjaman adalah selama dua minggu untuk tiga buah bahan bacaan atau rujukan.

 

 
Tersusun
 

Dengan penyediaan kemudahan talian Internet atau jalur lebar tanpa wayar menjadikan perpustakaan ini tumpuan anak-anak kampung untuk mencari maklumat. Para pelajar menggunakan sumber ini untuk mencari informasi terkini dengan melayari laman web terpilih secara percuma. KTAK telah membekalkan dua komputer, dua mesin pencetak dan pengimbas elektronik.

Bangunan perpustakaannya yang agak luas serta kelengkapan bahan ilmiah sehingga kepada pelbagai rangkaian cerita kanak-kanak yang mencukupi menjadikan tempat ini menjadi tumpuan ramai pada sebelah petang. Malah perpustakaan desa dengan kerjasama sekolah-sekolah mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat pengunjung datang ke sini. Antara aktiviti yang dianjurkan seperti pertandingan mewarna lukisan, melukis dan mereka cipta bagi peringkat TABIKA. Bagi peringkat sekolah rendah dan menengah pula, pertandingan yang diadakan ialah pertandingan bercerita, perlawanan catur serta perbahasan.

 
 
Lengkap dengan kemudahan multimedia

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK