Sejarah Batu 14
iada sejarah yang jelas bagaimana penempatan di Batu 14 ini bermula. Sebelum zaman darurat, penduduk Kampung Batu 14 mendiami kawasan pinggir hutan Sungai Gahal dan Sungai Semungkis. Mereka mengusahakan sawah padi, tanaman getah dan tanaman kontan sebagai mata pencarian mereka.
Pada zaman darurat melanda Malaya sekitar tahun 1940-an, penduduk dari hutan Sungai Gahal dan Sungai Semungkis diminta agar berpindah keluar dan membuka perkampungan baru di sepanjang jalan Batu 14. “Akibat perpindahan itu, wujudlah Kampung Batu 14 sehingga ke hari ini,” kata seorang penduduk.
Kampung Sungai Gahal dan Semungkis terletak di bawah kariah Kampung Batu 14. Wujudnya nama Kampung Sungai Gahal berpunca daripada banyaknya pokok gaharu yang tumbuh di sepanjang sungai kawasan itu. Bau pokok gaharu yang terbakar menarik perhatian masyarakat Cina di kawasan terbabit. Lantaran tidak dapat menyebut dengan jelas perkataan gaharu maka masyarakat Cina memanggilnya dengan nama pokok gahal. Maka sehingga kini penempatan ini dipanggil Kampung Sungai Gahal.
| |
 |
| |
| Masjid Sultan Hishamudin Alam Shah |
|
Bagi Kampung Semungkis pula ia bermula pada tahun 1990-an di mana penduduk di kampung tersebut melombong bijih timah sebagai pekerjaan seharian. Mereka melombong bijih timah dengan menggunakan kaedah mendulang. Sungai dikorek menggunakan dulang kayu. Batu-batu besar diangkat menggunakan pungkis untuk dialih ke tebing sungai. Peralatan yang digunakan secara meluas ini telah menyebabkan wujudnya nama Sungai Semungkis.
|