Menara Tinjau dan Lembah Azwen
ulu Langat terkenal dengan tempat pelancongan. Sebut sahaja Batu 14, Masyarakat akan terbayang beberapa tempat pelancongan seperti Menara Tinjau Bukit Ampang, Lembah Azwen Resort, Sungai Chongkak dan juga nikmat buah duriannya yang tidak terperi.
Menara Tinjau Bukit Ampang terletak di jalan yang menghubungkan antara Hulu Langat dan Ampang. Semasa berada di sini anda dapat menyaksikan pemandangan Kuala Lumpur yang cukup indah. Jika anda datang ke sini pada waktu malam ia pasti lebih mempersonakan. Sinaran neon Kuala Lumpur dapat dilihat sayup-sayup dari menara Tinjau Bukit Ampang, anda akan terasa sayang untuk meninggalkan tempat ini.
Di sini juga disediakan sebuah kafe dan restoran makanan barat dengan harga yang cukup berpatutan. Jika anda ingin datang lagi keesokannya, anda boleh menginap di rumah penginapan yang paling berhampiran iaitu Agrotek Garden Chalet Resort yang terletak di Batu 14 Hulu Langat.
Lembah Azwen
Manakala jika ada ingin menikmati sebuah destinasi pelancongan dan rekreasi, Lembah Azwen merupakan pilihan terbaik anda. Dibangun dengan memanfaatkan keluasan tiga hektar tanah yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur moden. Namun begitu anda tidak perlu khuatir kerana pemilik Lembah Azwen masih mengekalkan persekitaran semula jadi kehijauan Bukit Ampang.
Terletak di Batu 14 Hulu Langat, tempat ini menyajikan pelbagai perkhidmatan antaranya chalet-chalet dan dormitori berhawa dingin pada harga yang cukup berpatutan. Turut disediakan ialah dewan serba guna terbuka dan tertutup yang boleh digunakan untuk aktiviti motivasi. Malahan di sini juga disediakan modul dan penceramah dalaman. Antara program yang disediakan seperti program mendaki bukit, burung hantu dan mencari harta karun.
|