Terkenal Dengan Industri Pelancongan
erletak di dalam Daerah Hulu Langat, sebut sahaja Kampung Batu 14 pasti ramai yang mengetahui lokasinya yang terletak berhampiran dengan beberapa tempat pelancongan menarik. Antaranya adalah Sungai Chongkak, Sungai Gabai dan Menara Tinjau Bukit Ampang. Jika anda dari Kuala Lumpur, laluan yang harus dikuti ialah Lebuh Raya Grand Saga menuju ke Pekan Batu Sembilan Hulu Langat.
| |
 |
| |
| Masjid Sultan Hishamudin Alam Shah |
|
Pekan ini yang masih mengekalkan nilai tradisinya merupakan nadi Mukim Hulu Langat. Setibanya anda ke mari, anda akan disambut dengan kemegahan Masjid Sultan Hishammuddin Alam Shah. Masjid ini terletak di simpang empat antara Dusun Tua, Sungai Tekali, Batu Cheras Sembilan dan Ampang. Jika anda datang dari Ampang, masjid ini berada di sebelah kiri anda.
Perjalanan untuk ke sini tidak mengambil masa yang lama. Terletak kira-kira 25 km dari Bandar raya Kuala Lumpur iaitu kira-kira 30 minit perjalanan anda dari pusat bandar raya. Namun apa yang pasti perjalanan melalui suasana lereng-lereng bukit yang mempesona membuatkan anda tidak terasa jauh perjalanannya.
Setiap hari Jumaat, Pekan Batu 14 diceriakan dengan pasar pagi. Anda dapat membeli segala barangan mentah seperti sayur-sayuran, ikan, makanan laut dan buah-buahan yang segar-segar belaka. Anda pasti tidak menyesal dan ragu-ragu akan kualitinya. Bahkan anda mungkin kembali ke sini lagi untuk mendapatkan bekalan bahan mentah pada masa akan datang.
Anda mungkin akan berasa terkejut apabila mendengar bahasa Melayu bukanlah bahasa perantara penduduk setempat. Mereka sebaliknya menggunakan dialek Minangkabau. Anda akan berasa seolah-olah berada di Negeri Sembilan dan bukannya di Pekan Batu 14.
Menyusuri sepanjang jalan di sini, pandangan anda akan berlatar belakangkan kampung dengan pepohon yang menghijau. Jika bernasib baik dan cuaca mengizinkan anda dapat menyaksikan kabus di puncak bukit. Pasti ramai yang ingin mengabadikan panorama indah seperti itu dalam memori anda. Perkembangan sektor pelancongan di sini memberikan impak yang positif kepada penduduk.
|