Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Batu 14, Hulu Langat
43100, Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.
   
   

Kuih Bahulu dan Kuih Jari Udang

K

ebanyakan penduduk di Kampung Batu 14 berniaga secara kecil-kecilan dengan membuka kedai runcit dan kedai makanan. Namun di kampung berhampiran iaitu di Kampung Jawa terdapat Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) seperti membuat baulu, sambal pecal, kuih jejari udang dan juga sos rojak buah. Menurut Faridah Sahid, beliau bersama-sama dua lagi rakan kongsi menjadikan perusahaan ini sebagai punca pendapatan utama.

 
 
Baulu Classiq

Menurut Faridah, beliau menamakan perusahaannya itu dengan nama Raniah Enterprise Sdn Bhd sempena nama rakan kongsi beliau. Mereka memulakan perusahaan itu dengan menggunakan wang sendiri sebagai modal untuk membeli peralatan membakar bahulu dan beberapa peralatan lain. Berkat usaha dan juga potensi yang telah ditunjukkan, Raniah Enterprise telah meraih perhatian daripada RISDA dan Jabatan Pertanian.

Produk ini dipasarkan melalui tempahan-tempahan orang ramai yang ingin mengadakan majlis perkahwinan dan turut mendapat tempahan dari kedai-kedai di kawasan berhampiran. Malah ada juga pengguna yang sedia maklum akan keenakan kuih Jari Udang buatan Faridah akan membuat tempahan dengan banyak untuk dijual di pejabat masing-masing.

 
Proses membuat kuih Jari Udang
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK