Kemudahan Yang Lengkap
erdapat beberapa buah klinik yang di Pekan Batu 14 Hulu Langat antaranya ialah Klinik Pergigian Hulu Langat dan juga Poliklinik Komuniti Hulu Langat yang menyediakan rawatan dan perubatan kepada penduduk setempat. Klinik ini mengenakan bayaran sebanyak RM1.00 kepada pesakit luar dan RM5.00 bagi rawatan pakar. Bagi pendatang asing, mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM15.00
Klinik ini turut menyediakan perkhidmatan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak termasuk penjagaan selepas bersalin, imunisasi bagi kanak-kanak dan pemantauan perkembangan kanak-kanak. Klinik ini juga turut menyediakan perkhidmatan perancang keluarga dan juga rawatan pesakit luar. Sesi kaunseling untuk berhenti merokok turut diadakan di sini.
Klinik Pergigian memberikan rawatan gigi kepada penduduk setempat. Waktu operasi klinik ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari dan dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang pada hari-hari bekerja.
|