Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Batu 14, Hulu Langat
43100, Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.
   
   

Ikatan Kejiranan Yang Erat

K

ampung-kampung sekitar yang berhampiran dengan Kampung Batu 14 ialah Kampung Batu 13, Kampung Dusun Tua 15 dan Kampung Sungai Tekali. Malahan mereka berkongsi pekan yang sama iaitu Pekan Batu 14. Penduduk-penduduk di Kampung Batu 14 mempunyai hubungan yang erat dan saling tolong-menolong di antara kampung-kampung yang terdapat di situ sejak zaman dahulu lagi.

Jika dilihat dari sudut ekonominya pula, di Kampung Batu 13 misalnya, ramai antaranya yang bekerja sendiri dan sebilangan yang lain bekerja di dalam sektor awam dan swasta. Begitu juga dengan penduduk di Kampung Dusun Tua 15. Walaupun ada antara penduduk kampung tersebut yang masih mengamalkan aktiviti pertanian sebagai sara hidup, namun terdapat juga penduduk yang bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta.

 
 
Meraikan kedatangan pengunjung

Lain pula halnya dengan Kampung Sungai Tekali. Terdapat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mengusahakan penghasilan bawang goreng dan juga kerepek pisang. Di samping itu, mereka juga masih lagi menjalankan aktiviti pertanian antaranya sayur-sayuran dan buah-buahan tropika.

Beberapa tahun lalu, masyarakat Kampung Batu 14 dan kampung-kampung sekitar berhubung melalui aktiviti pertanian yang dijalankan. Namun kini terdapat alternatif lain dalam usaha merapatkan hubungan kejiranan. Antara yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ialah menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan beberapa kampung berhampiran seperti pertandingan membuat gubahan hantaran perkahwinan, aktiviti nasyid dan marhaban yang menggabungkan beberapa buah kampung dan juga aktiviti kebudayaan seperti dikir barat. Sukan Rakyat turut diadakan setiap tahun melibatkan kampung-kampung ini.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK