Desa Harmoni Hasil Permuafakatan
hli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan kampung dapat dijalankan secara terancang dan memberikan impak yang positif kepada penduduk kampung. JKKK Batu 14 Hulu Langat bertanggungjawab menjaga kepentingan penduduk serta menjadi perantara kepada agensi kerajaan seperti penduduk Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan lain-lain.
| |
 |
| |
| Penyelia PD, individu bertanggungjawab memacu perjalanan PD |
|
Berikut adalah senarai nama JKKK bagi Kampung Batu 14: Ahmad Fadzil Haji Addullah, Zaidun Mohamad Kabir dan Yusof Abu. Ketiga-tiga mereka ini turut dibantu oleh beberapa biro lain seperti Biro Wanita yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan wanita di Batu 14 di samping memberikan bantuan kepada mereka menjana ekonomi keluarga. Terdapat juga Biro Belia dan biro-biro lain seperti Biro Agama, Biro Kebajikan, Biro Ekonomi dan Biro Teknologi Maklumat. Selain itu, turut membantu adalah Biro Pendidikan, Biro Keselamatan dan beberapa biro lain lagi.
JKKK di bawah Biro Belia menganjurkan aktiviti tahunan seperti perlawanan bola sepak di antara kampung bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan masyarakat di Mukim Hulu Langat ini.
|