Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Batu 14, Hulu Langat
43100, Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.

Kemaskini Terakhir:-
21/7/2008

 

Batu 14 amat terkenal dengan destinasi pelancongannya. Suasananya yang menghijau dan masih lagi nyaman menjadikan tempat ini pilihan yang paling sesuai untuk beriadah dan berekreasi. Terdapat beberapa batang anak sungai yang masih lagi menjadi tarikan pelancong untuk mandi-manda. Contohnya Sungai Chongkak dan Sungai Gabai. Terdapat chalet-chalet dan rumah-rumah penginapan disediakan bagi para pelancong yang ingin bermalam di sini. Bagi anda yang ingin melihat keindahan Bandar Raya Kuala Lumpur pada waktu malam, bolehlah singgah di Menara Tinjau Bukit Ampang. Pasti anda akan berasa teruja dengan lampu-lampu Neon yang bergemerlapan sayup di ufuk langit.


Pelancongan Keusahawanan

Hulu Langat terkenal dengan tempat pelancongan. Sebut sahaja Batu 14, masyarakat akan terbayang beberapa tempat pelancongan seperti Menara Tinjau Bukit Ampang, Lembah Azwen Resort, Sungai Chongkak dan juga nikmat buah duriannya yang tidak terperi.

Kebanyakan penduduk di Kampung Batu 14 berniaga secara kecil-kecilan dengan membuka kedai runcit dan kedai makanan. Namun, di kampung berhampiran iaitu di Kampung Jawa terdapat Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) seperti membuat bahulu, sambal pecal, kuih jejari udang dan sos rojak buah.
 
Penafian | Laman Web KTAK