Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Batu 14, Hulu Langat
43100, Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.
   
   

Belia Batu 14, Belia Progresif

B
 
 
Belia sedang bermain bola

elia Batu 14 amat aktif dan sering kali mengadakan aktiviti-aktiviti seperti bermain sepak takraw, badminton dan bola sepak. Ada juga di kalangan belia yang terlibat dengan aktiviti lasak seperti mendaki gunung. Selain itu belia juga giat bermain futsal di gelanggang berhampiran yang terletak di Ampang. Kadang-kala para belia ini mengadakan perlawanan persahabatan antara belia-belia dari kampung yang berhampiran.

Mereka juga menyertai persatuan silat yang diajar oleh guru silat merupakan penduduk tempatan itu sendiri. Selain itu, para belia juga menyertai Kursus Jenazah yang dianjurkan oleh Biro Keagamaan Kampung Batu 14 setiap bulan di Masjid Hishamuddin.

Belia di Batu 14 Hulu Langat aktif dengan pelbagai aktiviti di bawah Belia 4B. Malahan persatuan itu bergabung dengan Majlis Perbandaran Kajang untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama para penduduk kampung-kampung berhampiran. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan belia Kampung Batu 14 dan belia kampung sekitar. Antara pertandingan seperti pertandingan mencari harta karun, pertandingan bola sepak dan futsal yang diadakan setiap tahun.

 
Khusyuk menanti tangkapan
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK