Tulang Belakang Masyarakat

J

ika para belia di Kampung Haji Kamisan terlibat dalam pelbagai aktiviti sukan, kaum wanita di sini tidak kurang hebatnya. Mereka turut mempunyai pasukan bola jaring sendiri. Pasukan Bola Jaring Kampung Haji Kamisan telah ditubuhkan sejak tahun 2004. Objektif penubuhan pasukan bola jaring ini bertujuan mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang menyihatkan badan sekaligus mengeratkan lagi hubungan silatulrahim yang telah sedia terjalin.

 
 
Kaum hawa bergotong-royong untuk majlis kenduri

Ternyata penubuhan pasukan bola jaring ini tidak sia-sia. Walaupun pada awal penubuhannya hanyalah untuk suka-suka, namun apabila mereka berjaya mewakili Kampung Haji Kamisan sehingga ke Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Peringkat Daerah, pencapaian tersebut amat membanggakan sekaligus menaikkan keyakinan mereka.

Aktiviti-aktiviti berunsurkan keagamaan turut disediakan. Kelas mengaji, ceramah agama dan marhaban kerap diadakan. Bacaan yasin pula diadakan setiap dua minggu sekali sama ada di surau atau di masjid. Pelbagai kelas kemahiran seperti kelas masakan, penghasilan kraf tangan dan jahitan turut dijalankan. Kebiasaannya kelas-kelas yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ini dilakukan di rumah penduduk atau di balai raya kampung. Ada juga kaum wanita yang mengambil inisiatif untuk ke Pusat Pertanian Yong Peng dan Ayer Hitam untuk menghadiri kursus pembuatan kek, biskut dan pelbagai jenis pembuatan makanan yang ingin dipelajari.

Penyapu Lidi

 
Haadjah Seri melarik daun kelapa sawit
 

Bagi Hadjaah Seri yang berasal dari Bekok, setiap pagi beliau akan berada di sekitar kawasan ladang kelapa sawit untuk mencari daun-daun kelapa sawit yang gugur. Lidi dari pelepah kelapa sawit boleh dijadikan penyapu dan dijual kepada penduduk kampung. Beliau dibantu oleh ibunya dan kadang kala beliau membawa dua orang anaknya.

Sebatang penyapu lidi dijual dengan harga RM1.20 sebatang. Hasil jualan penyapu lidi beliau sedikit sebanyak dapat meringankan beban suaminya, yang bekerja sebagai pemandu lori di Batu Pahat.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK