Dijadikan Tempat Mangsa Banjir
erpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) Kampung Haji Kamisan, Chaah terletak berhampiran dengan satu-satunya kedai runcit di sini. Mula beroperasi pada tahun 2004, perpustakaan ini diselia oleh seorang Pegawai Penyelaras, iaitu Yusnita Kasbon. Perpustakaan ini dibuka setiap hari Ahad hingga Khamis dari pukul 2.00 hingga 6.00 petang. Manakala perpustakaan ini ditutup pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.
Kanak-kanak perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM1.00, manakala belia dan orang dewasa perlu membayar sebanyak RM2 atau RM3. Perpustakaan ini berupaya memuatkan 20 hingga 30 pengunjung pada satu-satu masa. PDSI Kampung Haji Kamisan, Chaah turut menjadi tempat perlindungan penduduk ketika bencana banjir besar melanda kawasan kampung pada tahun 2007.
|