Nama Bekas Wakil Rakyat

J

ika dahulu kawasan Kampung Haji Kamisan hanya dipenuhi hutan dan semak-samun, kini ia telah berubah wajah menjadi sebuah kawasan penempatan, pertanian dan perladangan. Kampung ini mula dibuka sekitar tahun 1982 oleh sekumpulan peneroka yang diketuai oleh Rashid Mohd Yusof. Kumpulan peneroka ini menjadikan kawasan Kampung Haji Kamisan sebagai kawasan pertanian dan juga penempatan mereka.

“Sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan Haji Kamisan, namanya diabadikan pada nama kampung ini”

 
   

Nama Kampung Haji Kamisan berasal dari seorang bekas wakil rakyat yang banyak berjasa kepada penduduk kampung. Beliau yang memegang jawatan tersebut pada tahun 1980-an telah banyak berusaha membangunkan kawasan kampung sekaligus mengambil berat soal kebajikan penduduk. Disebabkan jasa beliau yang tidak terhingga itulah penduduk menamakan kampung ini sebagai Kampung Haji Kamisan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan beliau.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK