Bersepakat Menjayakan Aktiviti
ianggarkan seramai 300 orang penduduk menetap di Kampung Haji Kamisan. Kesemua penduduk adalah kaum Melayu beragama Islam. Oleh sebab bilangan penduduk yang tidak ramai, maka kesepakatan untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong atau mengadakan suatu majlis keramaian mudah direncanakan.
| |
 |
| |
| Kedai kopi menjadi tempat pertemuan kaum lelaki di sini |
|
Kehidupan masyarakat kampung di sini masih lagi berteraskan masyarakat Melayu tradisional. Amalan ziarah-menziarahi, bantu-membantu dan semangat kejiranan masih utuh di kalangan penduduk kampung.
Kampung Haji Kamisan terdiri daripada 62 buah rumah kampung yang dibina sama ada menggunakan kayu sepenuhnya atau separa batu. Ia didirikan secara bertaburan di seluruh kawasan kampung. Terdapat juga rumah-rumah yang didirikan secara berderet di pinggir-pinggir jalan kecil dalam kampung.
 |
|
| Salah sebuah rumah di Ladang Chaah |
|
|
Selain itu, terdapat juga kawasan perumahan yang disediakan oleh pihak pengurusan ladang. Menurut Pengurus Ladang Chaah, Khasim Muzam, beberapa buah rumah didirikan untuk kemudahan pekerja ladang yang seramai 230 orang. Selain penempatan, pihak pengurusan ladang turut menyediakan beberapa kemudahan prasarana untuk keselesaan penduduk seperti pusat asuhan kanak-kanak, klinik, gelanggang sukan dan sebagainya. Sebuah masjid turut dibina untuk kemudahan penduduk di sini beribadat.
|