Sekolah Yang Berhampiran
alaupun tiada sekolah atau tadika didirikan di Kampung Haji Kamisan, namun ia tidak mematahkan semangat penduduk di sini. Penduduk kampung menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang terletak di kampung berhampiran.
Di Kampung Desa Temu Jodoh, beberapa buah sekolah didirikan bagi kemudahan menimba ilmu pengetahuan. Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh terletak di KM 6, Jalan Yong Peng. Lebih kurang 380 orang murid belajar di sekolah ini. Selain itu, sebuah sekolah agama dan Tadika KEMAS juga turut disediakan. Terletak di Jalan Besar Perumahan Awam Rakyat, tadika ini mempunyai seramai 30 orang murid yang berusia antara empat hingga enam tahun.
Mereka yang selesai menjalani pengajian di peringkat rendah dan ingin menyambung ke peringkat menengah, biasanya akan memilih sebuah sekolah menengah berhampiran yang terletak di Chaah. Manakala di Kampung Desa Temu Jodoh, terdapat sebuah pusat yang menawarkan kursus-kursus kemahiran seperti pengimpalan, permotoran dan sebagainya. Pusat Giat MARA terletak di pinggir jalan utama bersebelahan dengan pusat pengumpulan buah kelapa sawit.
|