Hutan Lipur Sungai Bantang Bekok

Air Terjun Menggamit Pengunjung

 
Hutan Lipur Bantang Bekok sesuai untuk beriadah bersama keluarga
 
T

erdapat air terjun yang menjadi tumpuan penduduk untuk mandi-manda dan merehatkan minda. Terletak di Hutan Lipur Sungai Bantang Bekok, air terjun ini boleh dikunjungi kira-kira 45 minit pemanduan dari Kampung Haji Kamisan.

Kedatangan anda ke sini akan disambut oleh landskap hutan yang menarik. Dari kejauhan, boleh terdengar sayup-sayup bunyi air terjun. Anda pasti sukakan suasananya yang tenang dan jauh dari kesibukan kota. Hutan simpan kekal ini diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK