Empangan Bekok
haah merupakan sebuah pekan yang terletak di dalam Daerah Segamat, Johor Darul Takzim. Kedudukan Pekan Chaah ialah di antara Batu Pahat dan Segamat. Dari Batu Pahat, papan tanda ‘Selamat Datang ke Kampung Haji Kamisan’ yang terletak di sebelah kiri bahu jalan menandakan bahawa anda semakin menghampiri Perpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) Kampung Haji Kamisan, Chaah. Papan tanda ini merupakan sumbangan Jabatan Pertanian Daerah Segamat. PDSI Kampung Haji Kamisan, Chaah terletak berhampiran dengan sebuah kedai runcit, balai raya dan bersebelahan dengan satu-satunya surau di kampung ini.
“Papan tanda ‘Selamat Datang Ke Kampung Haji Kamisan’ menjadi petunjuk ke perpustakaan desa” |
|
| |
|
Istimewanya, tidak jauh dari kampung ini terletak Empangan Bekok yang berperanan sebagai tebatan banjir. Pemandangan di sekitar empangan buatan ini cukup mempesonakan lebih-lebih lagi apabila senja mula melabuhkan tirainya. Bentuk muka bumi di kawasan kampung yang bertanah pamah amat sesuai untuk kegiatan pertanian dan perladangan.
|