Makanan Dingin Beku
anya terdapat sebuah kedai runcit di Kampung Haji Kamisan. Aktiviti-aktiviti ekonomi lebih tertumpu di kampung-kampung berhampiran. Suratin Bakrul, penduduk di Kampung Desa Temu Jodoh telah bergiat dalam bidang keusahawanan membuat perniagaan makanan sejuk beku selama enam tahun. Antara makanan yang dihasilkannya ialah donut, pau, roti canai dan pelbagai jenis karipap. Makanan sejuk beku buatan beliau menjadi kegemaran penduduk sekitar dan orang luar. Produk beliau bukan sahaja dijual kepada penduduk sekitar dan di kedai-kedai berhampiran malah sehingga ke Negeri Sembilan.
Bantuan berbentuk peralatan sumbangan daripada Jabatan Pertanian Segamat sedikit sebanyak meringankan beban beliau. Antara yang disumbangkan ialah peti sejuk, penguli dan mesin peleper karipap. Pendapatan yang diperoleh beliau dalam sebulan ialah kira-kira RM1,000. Berkat daripada perusahaan ini beliau berjaya membesarkan enam orang anaknya.
|