Lawatan Susulan Di Rumah

R

akyat yang sihat berupaya menjamin kestabilan negara. Soal kesihatan perlu dititikberatkan kerana tanpa badan yang sihat dan minda yang cergas, sebarang pekerjaan tidak mampu dilakukan. Bagi penduduk di Kampung Haji Kamisan, mereka akan ke Kampung Desa Temu Jodoh untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Klinik Desa Temu Jodoh yang berhadapan dengan sebuah sekolah rendah menawarkan pelbagai rawatan untuk penduduk sekitar. Antaranya rawatan kecemasan, pemeriksaan ibu mengandung dan kanak-kanak. Lawatan ke rumah-rumah turut dilakukan bagi memantau tahap kesihatan penduduk.

 
 
Klinik Desa Temu Jodoh

Klinik desa ini beroperasi bermula pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang, setiap hari Isnin hingga Khamis. Seramai dua orang jururawat masyarakat ditugaskan di sini. Selain itu, hospital yang terdekat untuk penduduk di sini terletak di Segamat.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK