Polis Bantuan

S

ungguhpun kadar jenayah di Kampung Haji Kamisan terkawal, namun langkah berjaga-jaga sering diambil untuk mengelakkan sebarang kes yang tidak diingini berlaku. Di Ladang Chaah misalnya, sebuah pondok Polis Bantuan dibina untuk mengawal kemasukan orang luar di kawasan ladang yang turut menempatkan penempatan penduduk. Seramai enam orang polis bantuan ditugaskan oleh pihak pengurusan ladang untuk mengawal keselamatan di ladang tersebut. Menurut V. K. Rajah yang merupakan anak watan Chaah, beliau bersama lima orang polis bantuan lain bergilir-gilir berkawal di pondok polis tersebut. Balai polis terdekat terletak di Yong Peng yang mengambil masa kira-kira 20 minit pemanduan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK