Jalan Perhubungan Moden
ahulu, penduduk terpaksa bersusah payah mengepam air dari bawah tanah semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih, kini semua itu hanya tinggal kenangan. Bermula dari generasi ketiga sehingga sekarang, semua penduduk mendapat bekalan air bersih dan elektrik. Beberapa orang penduduk turut melanggan talian telefon tetap. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka memilih untuk menggunakan telefon bimbit kerana senang untuk dibawa ke mana sahaja.
“Beberapa buah pondok telefon yang terletak berhampiran dengan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Haji Kamisan, Chaah turut didirikan bagi kemudahan penduduk berkomunikasi” |
|
| |
|
Sebelum ini penduduk berhadapan dengan masalah jalan tanah merah yang menyukarkan mereka untuk pergi ke sesuatu destinasi. Jalan ini menyukarkan penduduk terutamanya pelajar-pelajar yang ingin ke sekolah. Ini kerana laluan jalan tanah merah yang berdebu mengotorkan pakaian mereka. Lebih-lebih lagi jika banyak lori pengangkut buah kelapa sawit turut melalui jalan ini. Sekarang masalah itu telah diselesaikan dengan kewujudan jalan tar di kampung. Pembinaan jalan tar sedang dijalankan secara berperingkat untuk keselesaan penduduk.
 |
|
| Masjid Jamek Ladang Chaah |
|
|
Antara kemudahan lain yang disediakan ialah kemudahan beribadat di Masjid Jamek Ladang Chaah dan Surau Kampung Haji Kamisan. Beberapa buah pondok telefon yang terletak berhampiran dengan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Haji Kamisan, Chaah turut didirikan bagi kemudahan penduduk berkomunikasi.
|