Menghubungkan Penduduk
ntara kampung yang berhampiran dengan Kampung Haji Kamisan ialah Kampung Seri Sepakat yang terletak kira-kira lima kilometer dari kampung ini. Selain itu, kampung ini turut terletak berhampiran dengan Kampung Desa Temu Jodoh yang mempunyai keunikan sejarahnya yang tersendiri. Kampung Desa Temu Jodoh mendapat namanya apabila ramai pasangan bertemu jodoh di sini, seterusnya berkahwin serta menetap di kampung ini.
|
“Selain itu, kampung ini turut terletak berhampiran dengan Kampung Desa Temu Jodoh yang mempunyai keunikan sejarahnya yang tersendiri” |
| |
|
Penduduk-penduduk kampung ini dihubungkan melalui sebatang jalan utama yang berturap. Selain itu, terdapat juga beberapa ‘jalan dalam’ yang merupakan jalan-jalan kampung. Jalan tanah merah ini dikelilingi oleh ladang-ladang kelapa sawit yang terhampar luas di sepanjang perjalanan.
Hubungan yang erat antara penduduk Kampung Haji Kamisan dan kampung-kampung berhampiran sekali gus mewujudkan suasana yang aman dan damai. Kegiatan ekonomi, pertanian, dan perladangan sedikit sebanyak mengakrabkan lagi hubungan yang sedia terjalin. |