Kasbon Rahmat, Pengerusi JKKK Kampung Haji Kamisan

Memastikan Keselesaan Penduduk

J

KKK Kampung Haji Kamisan diketuai oleh Kasbon Rahmat yang merupakan generasi ketiga peneroka di kampung ini. Beliau dibantu oleh Said Nasir, selaku Setiausaha dan Ayin Ahmad, Bendahari JKKK. Memang menjadi kebiasaan, ahli-ahli JKKK Kampung Haji Kamisan akan bermesyuarat membincangkan hal ehwal kampung di dalam balai raya yang berhampiran dengan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Haji Kamisan, Chaah. Pelbagai usaha dilakukan oleh JKKK Kampung Haji Kamisan untuk memastikan penduduknya hidup dalam keadaan selesa, aman dan sejahtera.

Antara projek-projek yang dirancang oleh JKKK Kampung Haji Kamisan ialah projek menaik taraf jalan kampung. Penduduk di Kampung Haji Kamisan pernah menjadi mangsa banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Negeri Johor pada tahun 2007. Lantaran rancangan projek menaik taraf jalan kampung adalah bertujuan untuk membaik pulih jalan-jalan yang telah rosak akibat bencana tersebut. Buat masa kini, projek-projek penyelenggaraan infrastruktur yang musnah atau rosak akibat banjir telah dijalankan sedikit demi sedikit. JKKK Kampung Haji Kamisan banyak bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam memajukan dan meningkatkan lagi tahap keselesaan penduduk.

“Rancangan projek menaik taraf jalan kampung bertujuan untuk membaik pulih jalan-jalan yang telah rosak akibat banjir”

 
   


 
 
Penafian | Laman Web KTAK