Pendapatan Dari Ladang
ata-rata penduduk Kampung Haji Kamisan bergantung kepada kegiatan perladangan kelapa sawit sebagai sumber pendapatan. Beberapa buah ladang yang terdapat di sekitar kampung membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di sini. Ladang Chaah dan Ladang Sungai Simpang Kiri merupakan antara ladang kelapa sawit yang menjadi tumpuan penduduk kampung mencari rezeki yang halal.
| |
 |
| |
| Kerja-kerja di ladang sawit dijalankan pada sebelah pagi |
|
Begitupun, ada juga penduduk yang turut mengusaha-
kan kebun-kebun getah, kebun sayur-sayuran dan dusun buah-buahan. Ada juga penduduk yang memilih untuk bekerja sendiri atau sektor kerajaan mahupun swasta di bandar-bandar yang berhampiran seperti Yong Peng, Segamat dan Batu Pahat. Selain itu, ramai juga kaum wanita yang turut membantu dalam menambah pendapatan keluarga. Pelbagai pekerjaan sampingan dilakukan demi menjalani kehidupan sederhana di kampung. |