Dahulu penduduk di Kampung Haji Kamisan terpaksa mengharungi kehidupan yang agak susah. Jalan tanah merah menjadi jalan perhubungan antara penduduk di sini dengan kampung-kampung berhampiran. Debu-debu merah berterbangan apabila lori-lori yang mengangkut buah sawit melalui jalan ini. Tatkala hujan, jalan tanah merah akan berlecak dan sekaligus menyukarkan perjalanan. Untuk mendapat bekalan air bersih pula, penduduk kampung perlu bersusah payah mengepam air dari tanah.
Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Semua penduduk di sini menerima kemudahan bekalan air yang bersih dan elektrik. Kemudahan komunikasi semakin maju. Rata-rata penduduk mempunyai telefon bimbit sendiri. Jalan tar pula menggantikan jalan tanah merah.
|