Penglibatan Belia Dalam Ekonomi
iada persatuan khusus untuk para belia di Kampung Haji Kamisan. Namun begitu, terdapat beberapa kumpulan yang ditubuhkan untuk menyertai beberapa pertandingan sukan yang diadakan antara penduduk kampung sekitar. Antara kumpulan yang ditubuhkan oleh para belia ialah pasukan bola sepak, sepak takraw, dan juga badminton. Pertandingan sukan biasanya diadakan di padang bola sepak yang terletak di dalam Ladang Chaah.
 |
|
| Menghabiskan masa dengan menolong keluarga menjaga kedai runcit |
|
|
Kumpulan Kompang juga kerap mendapat undangan dalam majlis-majlis perkahwinan, menyambut tetamu dan lain-lain. Bagi belia wanita pula, mereka lebih terlibat dalam aktiviti bola jaring. Kebiasaannya, latihan bola jaring diadakan pada waktu petang, hujung minggu dan cuti sekolah.
Belia di Kampung Haji Kamisan turut terlibat secara kecil-kecilan dalam sektor ekonomi. Antaranya Norazira Yazib yang bekerja di Kedai Runcit Desaneka di Kampung Desa Temu Jodoh. Kedai runcit milik kakak saudara beliau menjual pelbagai barangan keperluan harian. Selain itu, perkhidmatan binding, laminating dan fotostat ditawarkan di dalam kedai runcit ini. Dibuka seawal pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 malam, beliau bergilir-gilir menjaga kedai ini bersama kakak saudaranya. Pengusaha kedai runcit yang terletak di Jalan Awam, itu kini dalam perancangan untuk mengembangkan lagi perkhidmatannya. Sebuah bilik komputer sedang dibina untuk memudahkan penduduk kampung, terutamanya pelajar sekolah melayari internet.
"Antara kumpulan yang ditubuhkan oleh para belia ialah pasukan bola sepak, sepak takraw, dan juga badminton." |
|
| |
|
|