Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Gombak Setia,
Blok 41, Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia,
53100, Kuala Lumpur.

   
 

Kaum Ibu Ringan Tulang Dalam Membantu Majlis Keraian

G

olongan wanita Kampung Gombak Setia bukan sahaja bertindak sebagai suri rumah, malah mereka juga bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Selari dengan laungan kerajaan yang inginkan wanita berdaya saing, pelbagai aktiviti untuk mereka dilaksanakan di Kampung Gombak Setia.

Antara aktiviti yang sering dianjurkan di Kampung Gombak Setia ialah pertandingan nasyid, kelas marhaban, kelas berzanji, kelas masakan dan kelas pengajian Al-Quran. Kaum wanita di sini turut terlibat dalam sambutan majlis-majlis keramaian seperti Majlis Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Maulidur Rasul. Kaum ibu juga menganjurkan 'moreh' sepanjang bulan Ramadhan. Kegiatan-kegiatan yang memupuk semangat kejiranan antara penduduk seperti gotong-royong turut diadakan di Kampung Gombak Setia.

Kaum wanita Gombak Setia amat mesra antara satu sama lain

Persatuan Ibu Tunggal Dan Koperasi Kaum Ibu Pembela Nasib Wanita

Di antara pertubuhan wanita yang aktif di kampung Gombak Setia ialah Persatuan Ibu Tunggal. Persatuan ini bertanggungjawab dalam membela nasib ibu-ibu tunggal yang menetap di sekitar kawasan kampung. Persatuan Ibu Tunggal ini juga turut mencari pelbagai jenis peluang pekerjaan yang khusus dan bersesuaian bagi meringankan beban dipikul oleh ibu-ibu tunggal ini.

Terdapat sebuah lagi persatuan yang ditubuhkan khas untuk kaum wanita, iaitu Koperasi Kaum Ibu Gombak Setia. Objektif utama penubuhan koperasi ini ialah untuk merapatkan perhubungan silaturahim kaum ibu di Kampung Gombak Setia. Koperasi ini juga memberi peluang kepada kaum ibu mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah kelas membuat kuih serta biskut, kelas menggubah bunga dan kelas menjahit.

 
Penafian | Laman Web KTAK