Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Gombak Setia,
Blok 41, Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia,
53100, Kuala Lumpur.

   
   

Membentuk Masyarakat Bermaklumat

P

"Perpustakaan awam ini terletak berhampiran dengan Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati dan berada di tingkat bawah blok 41 Rumah Pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia."

 
   

erpustakaan Awam Gombak Setia sangat bertuah kerana dipilih untuk mendapat kemudahan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) bersama beberapa agensi lain bertujuan merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar. Perpustakaan ini adalah salah satu perpustakaan cawangan milik Perpustakaan Kuala Lumpur dan mula beroperasi pada 1 November 1999.

Perpustakaan awam ini terletak berhampiran Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati dan berada di tingkat bawah blok 41 Rumah Pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia. Perpustakaan ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti pendaftaran ahli perpustakaan, peminjaman buku dan juga penggunaan internet. Terdapat empat buah komputer yang disediakan oleh KTAK untuk memudahkan penduduk melayari Internet. Perpustakaan ini turut dilengkapi dengan sebuah mesin pencetak dan mesin pengimbas bagi kemudahan penduduk setempat.

Azida membantu dalam menyelenggarakan Perpustakaan Desa ini

Individu yang bertanggungjawab menyelaras perpustakaan ini ialah Azida Ahmad Rushdi yang telah bertugas di perpustakaan ini sejak dua tahun lalu. Terdapat lebih kurang 14,000 buah buku disediakan di dalam perpustakaan ini. Seramai kira-kira 2,500 penduduk telah menjadi ahli Perpustakaan Awam Gombak Setia.


 
Penafian | Laman Web KTAK