Masyarakat Minangkabau Peneroka Awal
enurut warga emas Kampung Gombak Setia, tiada maklumat tepat yang menceritakan secara terperinci bagaimana wujudnya nama Gombak Setia. Mengikut cerita golongan ini, asalnya kawasan Kampung Gombak Setia merupakan percantuman daripada kawasan sawah padi, lombong dan sebahagian sungai. Kawasan Gombak Setia mula diterokai sekitar tahun 1969. Peneroka asal kawasan ini adalah masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera. Masyarakat Minangkabau yang datang ke Gombak Setia pada asalnya tinggal di Kuala Selangor.
 |
| Pembangunan Gombak Setia amat memberangsangkan |
|
Namun mereka lari ke kawasan Gombak kerana orang Bugis yang ada di Kuala Selangor ketika itu bertindak agresif terhadap mereka. Ini kerana kegiatan pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Minangkabau dianggap pekerjaan kelas bawahan oleh orang Bugis. Kini, setelah berlakunya arus pemodenan serta pembangunan yang pesat di sekitar kampung, kawasan-kawasan pertanian hanya tinggal kenangan.
|