Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Gombak Setia,
Blok 41, Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia,
53100, Kuala Lumpur.

   
 

Kawasan Padat Penduduk

J

umlah penduduk Kampung Gombak Setia dianggarkan 36, 000 orang. Oleh kerana kedudukannya yang terletak di pinggir Bandar Raya Kuala Lumpur, maka banyak kawasan perumahan dibina dalam kampung ini. Pola penempatan penduduk di sini tersusun serta berpusat. Majoriti penduduk Kampung Gombak Setia ialah kaum Melayu beragama Islam. Namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil penduduk terdiri daripada bangsa Cina dan India. Jalan raya menjadi sistem perhubungan utama bagi penduduk Kampung Gombak Setia. Selain itu, kemudahan Sistem Aliran Ringan (LRT) turut memudahkan penduduk kampung di sini menuju ke pelbagai destinasi dengan cepat.

" Semangat kejiranan yang tinggi di antara penduduk merupakan faktor utama menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran penduduk Kampung Gombak Setia."  

 

Biarpun terletak berhampiran dengan ibu kota, kehidupan masyarakat di sini masih lagi berteraskan nilai-nilai murni masyarakat Melayu. Semangat kejiranan yang tinggi di antara penduduk merupakan faktor utama yang menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran penduduk Kampung Gombak Setia. Meskipun hidup dalam masyarakat majmuk, sikap perpaduan tinggi yang ditunjukkan oleh penduduk kampung harus diteladani. Amalan-amalan warisan seperti ziarah-menziarahi, kenduri-kendera dan gotong-royong masih diamalkan oleh penduduk kampung.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK