Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Gombak Setia
Blok 41, Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia,
53100 Kuala Lumpur.

   
   

Pendidikan Bermutu Melahirkan Generasi Gemilang

T

erdapat banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi yang membuka peluang kepada generasi muda Kampung Gombak Setia untuk menuntut ilmu. Sebanyak dua buah sekolah rendah, tiga sekolah menengah, satu sekolah rendah agama dan dua tabika dibina di sekitar kawasan Kampung Gombak Setia.

Sekolah Kebangsaan Gombak Setia (SK Gombak Setia) dibina pada 12 Disember 1958. Awal penubuhannya, sekolah ini dikelilingi oleh kebun getah dan lombong bijih timah. Ia dirasmikan pada 21 Jun 1959. Seramai 500 orang pelajar mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia. Selain itu, terdapat sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia yang dibina bersebelahan dengan SK Gombak Setia. Sekolah ini mampu menempatkan sehingga 3,000 pelajar.

"...mata pelajaran yang diajar di KAFA ialah tauhid, tajwid, bahasa Arab dan fardu ain.Dua tadika juga dibina bagi anak-anak penduduk, iaitu Tadika Islam Gombak 1A dan Tadika Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia A dan B. "

 
   
Sekolah yang disediakan untuk pelajar-pelajar Gombak Setia

Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Nurul Muttaqin merupakan satu-satunya sekolah rendah agama yang terdapat di Kampung Gombak Setia. Antara mata pelajaran yang diajar di KAFA ialah tauhid, tajwid, bahasa Arab dan fardu ain. Dua tadika juga dibina bagi anak-anak penduduk, iaitu Tadika Islam Gombak 1A dan Tadika Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia A dan B.

Pencapaian akademik anak-anak Kampung Gombak Setia juga boleh dibanggakan kerana ramai yang telah melanjutkan pelajaran ke menara gading dan berjaya menjawat jawatan tinggi dalam bidang masing-masing.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK