Khazanah Sejarah Dan Alam Semula Jadi Menjadi Tumpuan Pengunjung
i) Muzium Orang Asli
ektor pelancongan merupakan salah satu daya tarikan utama yang terdapat di kawasan Kampung Gombak Setia. Antara tempat yang menjadi tumpuan pengunjung ialah Muzium Orang Asli Gombak yang terletak di Jalan Gombak, kira-kira 20 kilometer dari Kuala Lumpur. Berada di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi artifak seperti sumpit buluh dan belanga yang berusia lebih dari 600 tahun. Ia turut menyimpan pelbagai khazanah dan bahan-bahan bersejarah masyarakat Orang Asli.
"... dibuka pada setiap hari Sabtu hingga Khamis, bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung yang datang melawat ke muzium ini. " |
|
|
| |
 |
| Antara hasil kraftangan yang dipamerkan |
|
Muzium Orang Asli Gombak dibuka pada setiap hari Sabtu hingga Khamis, bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung.
ii) Gua Batu Kapur
Sebuah lagi lokasi pelancongan terkenal ialah Batu Caves. Terletak kira-kira 11 kilometer dari utara Kuala Lumpur, Batu Caves merupakan sebuah gua batu kapur yang telah wujud lebih 100 tahun dahulu. Terdapat pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit di dalam gua ini, antaranya tirai gua, batu aliran dan mutiara gua. Stalaktit ialah batu kapur yang meruncing ke bawah manakala stalagmit ialah batu kapur yang berceracak di dalam gua di mana terhasil daripada titisan air mengandungi sebatian kalsium.
 |
| Pemandangan menakjubkan di Batu Caves |
|
Batu Caves sememangnya popular di kalangan masyarakat India yang menganut agama Hindu. Ini kerana di tempat inilah penganut beragama Hindu merayakan sambutan Thaipusam pada setiap tahun. Sewaktu sambutan perayaan Thaipusam, jumlah penganut agama Hindu yang datang berkumpul mencecah sehingga sejuta orang. Perayaan ini juga sering mendapat perhatian ramai pelancong asing yang ingin menyaksikan pelbagai ritual dilakukan sewaktu sambutan diadakan. Keunikan yang terdapat di Batu Caves ialah pengunjung perlu mendaki kira-kira 272 anak tangga untuk sampai ke pintu gua.
|