Satu Daerah Dua Pentadbiran
"Penunjuk utama bagi pengunjung yang ingin datang ke Kampung Gombak Setia ialah Stesen Sistem Aliran Ringan (LRT) Taman Melati yang terletak tidak jauh dari kawasan perpustakaan awam." |
|
| |
|
ampung Gombak Setia terletak di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur. Ia juga merupakan salah satu daerah yang terletak di dalam Negeri Selangor. Kewujudannya serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan, iaitu pada 1 Februari 1974. Umumnya, ramai yang tidak mengetahui bahawa sebahagian Daerah Gombak terletak di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Manakala sebahagian lagi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
| |
 |
| |
| Gombak Setia bersempadan antara Kuala Lumpur dan Negeri Selangor |
|
Perpustakaan Awam Gombak Setia terletak di dalam kawasan rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR), kira-kira 11 kilometer dari Bandar Raya Kuala Lumpur. Kampung Gombak Setia bersempadan di antara Kuala Lumpur dan Selangor. Perpustakaan awam ini berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Setapak Indah dan berdekatan dengan Pusat Komuniti Gombak.
Kawasan Gombak Setia dianggarkan berkeluasan kira-kira 12, 784 hektar. Ia merupakan daerah ketiga terkecil dalam Negeri Selangor. Terdapat beberapa buah sungai mengalir di dalam Daerah Gombak iaitu Sungai Gombak, Sungai Klang dan Sungai Batu. Penunjuk utama bagi pengunjung yang ingin datang ke Kampung Gombak Setia ialah Stesen Sistem Aliran Ringan (LRT) Taman Melati yang terletak tidak jauh dari kawasan perpustakaan awam.
|