Kemudahan Tapak Premis Membantu Perniagaan
ktiviti keusahawanan di Kampung Gombak Setia hanya melibatkan segelintir penduduk sahaja. Antara aktiviti keusahawanan yang terdapat di sini ialah pembukaan gerai makan, kedai dobi, kedai jahitan, kedai telekomunikasi dan kedai runcit. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam kegiatan ini ialah kaum wanita. Terdapat sebuah bangunan kedai yang dibina khas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kemudahan penduduk melakukan aktiviti perniagaan dengan sewa yang amat berpatutan.
| |
 |
| |
| Sebahagian premis perniagaan anak tempatan |
|
Di samping itu, ada juga penduduk Kampung Gombak Setia yang terlibat dalam perusahaan membaiki kereta. Bengkel membaiki kereta ini dibuka oleh anak-anak muda yang berminat untuk menceburi bidang automotif.
|