Unit Beruniform Tidak Jemu Menjaga Keselamatan Masyarakat
ecara amnya soal keselamatan di Kampung Gombak Setia berada di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terdapat juga agensi-agensi keselamatan lain seperti Bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan pertubuhan keselamatan seperti Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang diwujudkan untuk membantu meningkatkan keselamatan penduduk. Anggota RELA terdiri daripada anak tempatan yang sentiasa memastikan keselamatan kampung pada tahap terkawal.
 |
| Anggota Bomba bersiap sedia untuk bertugas |
|
Sebuah Balai Polis Gombak Setia dibina di sini bagi memudahkan penduduk membuat sebarang aduan berkaitan dengan masalah keselamatan. Namun, penduduk kampung juga boleh membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang terletak di Daerah Selayang. Selain itu, ada juga sebuah balai bomba iaitu Balai Bomba Gombak Setia yang didirikan di kawasan Gombak Setia.
Pertubuhan Rukun Tetangga (RT) juga terdapat di sini. Mula ditubuhkan pada 3 Jun 2000, anggota Rukun Tetangga bertanggungjawab membuat rondaan di sekitar kawasan kampung. Ini untuk memastikan kawalan keselamatan penduduk kampung berada pada tahap yang memberangsangkan.
|