| Mudah Dan Cepat
leh sebab kedudukannya yang terletak di pinggir ibu kota Kuala Lumpur, pelbagai kemudahan prasarana disediakan di Kampung Gombak Setia. Kesemua penduduk Kampung Gombak Setia mendapat kemudahan elektrik dan bekalan air paip bersih. Kemudahan prasarana seperti perpustakaan awam, tadika perpaduan, balai polis, klinik kerajaan, gelanggang sukan, padang bola, sekolah rendah, sekolah menengah, surau, madrasah, taman permainan kanak-kanak, Pusat Komuniti Gombak dan Balai Penghulu turut disediakan di sini.
| |
 |
| |
| Banyak bas disediakan untuk warga Gombak Setia |
|
Sistem jalan raya yang efisien juga memudahkan penduduk kampung untuk ke bandar terdekat. Kemudahan pengangkutan awam yang kerap seperti bas, teksi dan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) turut memudahkan penduduk Kampung Gombak Setia menuju ke satu-satu destinasi.
|