Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Gombak Setia
Blok 41, Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia,
53100 Kuala Lumpur.

   
   

Terbahagi Kepada Lima Mukim dan 50 Kampung

"Bandar Kuala Lumpur terletak paling hampir dengan Kampung Gombak Setia. Justeru, tidak hairanlah pelbagai kemajuan dan kemudahan prasarana dibina di sekitar kawasan kampung."

 
   
D

aerah Gombak dibahagikan kepada lima mukim dan 50 kampung. Mukim
Rawang I merupakan mukim yang terbesar, diikuti oleh Mukim Rawang II, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang. Daerah Gombak ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah, lima orang penghulu serta seorang Pegawai Kemajuan Kampung. Terdapat 19 buah kampung tradisional, 26 buah kampung penempatan baru dan lima buah kampung Cina. Antara kampung yang berhampiran dengan Kampung Gombak Setia ialah Kampung Changkat, Kampung Kerdas, Kampung Sungai Chinchin, Taman Kamariah dan Taman Melati.

Bandar Kuala Lumpur terletak paling hampir dengan Kampung Gombak Setia. Justeru, tidak hairanlah pelbagai kemajuan dan kemudahan prasarana dibina di sekitar kawasan kampung. Pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan sering dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung. Antara aktiviti yang sering diadakan ialah acara sukaneka, pertandingan bola sepak, Program Mesra Rakyat, gotong-royong antara kampung dan juga Pesta Sukan Komuniti. Aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti kumpulan kompang, Tilawah Al-Quran dan permainan tradisional turut dianjurkan.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK