Arus Globalisasi Mengubah Punca Rezeki Penduduk
atu ketika dahulu penanaman padi merupakan sumber utama bagi penduduk Kampung Gombak Setia meraih rezeki. Namun kini, semua itu tinggal kenangan. Arus globalisasi yang melanda ibu kota turut menempiaskan gelombangnya kepada penduduk Kampung Gombak Setia. Kewujudan pelbagai sektor swasta dan kerajaan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di sini menyebabkan tiada lagi kegiatan pertanian secara besar-besaran dijalankan sekitar Kampung Gombak Setia.
 |
| Perniagaan kecil-kecilan menjadi pilihan remaja ini |
|
Bagi golongan muda Kampung Gombak Setia, rata-ratanya berhijrah ke ibu kota dan bandar-bandar besar untuk mencari rezeki. Ada juga segelintir dari mereka yang bekerja di kilang-kilang berhampiran. Di samping itu, ada juga penduduk kampung yang menjalankan perniagaan kedai runcit, kedai dobi, stesen minyak, bengkel kereta serta motor dan gerai makan bagi menampung kehidupan seharian.
|