| |
|
| |
| |
Sebut sahaja ‘Batu Caves’ pasti gambaran sebuah batu kapur serta perarakan ribuan manusia menjelma di dalam fikiran. Kekuatan fizikal amat diperlukan sekiranya ingin mendaki 272 anak tangganya.
Selain itu, Taman Tasik Titiwangsa juga sering menjadi tumpuan pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun luar negara. Adanya roda berpusing ‘Eye On Malaysia’ telah menarik minat lebih ramai pelancong ke sini. Restoran Terapung Nelayan juga terletak di dalam kawasan taman tasik yang indah ini. Restoran memiliki kesenian tradisional ini menyajikan pelbagai hidangan laut yang sungguh enak kepada pengunjungnya. |
|
|
| Sosioekonomi |
Wanita |
| Satu ketika dahulu penanaman padi merupakan sumber utama bagi penduduk Kampung Gombak Setia mencari rezeki. Namun kini, semua itu tinggal kenangan. Arus globalisasi yang melanda ibu kota turut menempiaskan gelombangnya kepada penduduk Kampung Gombak Setia. Kewujudan pelbagai sektor swasta dan awam yang memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di sini menyebabkan tiada lagi kegiatan pertanian secara besar-besaran dijalankan sekitar Kampung Gombak Setia. |
Terdapat sebuah lagi persatuan yang ditubuhkan khas untuk kaum wanita, iaitu Koperasi Kaum Ibu Gombak Setia. Objektif utama penubuhan koperasi ini ialah untuk merapatkan hubungan silaturahim kaum ibu di Kampung Gombak Setia. Koperasi ini juga memberi peluang kepada kaum ibu mengisi masa yang terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah kelas membuat kuih dan biskut, kelas menggubah bunga serta kelas menjahit. |
|
| |
|