Persatuan Rakan Muda Jiran Muda Membentuk Kepimpinan
elaras dengan prinsip kerajaan yang ingin melahirkan belia berketerampilan dan berakhlak mulia, pelbagai aktiviti melibatkan golongan muda sering diadakan. Aktiviti belia Kampung Gombak Setia dipantau oleh Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gombak Setia. Antara aktiviti sukan yang dianjurkan untuk golongan belia kampung di sini ialah PPR Explorace, Street soccer, futsal, pertandingan bola sepak, bola jaring, Program Rakan Muda Jiran Muda dan badminton. Selain itu, terdapat juga program ilmiah seperti Program Bina Insan, Program Remaja, Program Khemah Ibadah dan Kem Kecemerlangan bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
 |
| Belia Gombak Setia aktif dan gemar bersukan |
|
Terdapat sebuah persatuan iaitu Persatuan Rakan Muda Jiran Muda yang sentiasa aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti untuk golongan belia di Kampung Gombak Setia. Pengerusi Persatuan Rakan Muda Jiran Muda, Azmi Aziz sedar bahawa golongan belia adalah pelapis yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Justeru, pelbagai program telah diaturkan bagi memupuk semangat kepimpinan agar dapat melahirkan golongan belia yang berketerampilan dan berdaya saing.
|