Aktiviti Kemasyarakatan Wanita

P

englibatan aktif golongan wanita tidak dapat dinafikan dalam bidang perniagaan. Kaum wanita kini lebih berdaya saing dalam menaikkan taraf ekonomi mereka. Jika dahulu kebanyakan kaum wanita menjadi suri rumah sepenuh masa, tetapi kini mereka juga layak digelar peniaga yang berjaya. Wanita-wanita di desa semakin terbuka mindanya untuk menjalankan aktiviti perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

Biro Wanita di Kampung Gambut memainkan peranan dalam membawa golongan ini ke dalam dunia perniagaan dan juga melibatkan aktiviti kemasyarakatan. Biro Wanita Kampung Gambut dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kerap kali menjalankan aktiviti yang dapat disertai oleh kaum wanita di situ. Selain memberi tunjuk ajar kepada mereka dalam kelas jahitan dan kelas masakan, kaum wanita juga diberi pendedahan yang meluas mengenai kepentingan menceburi bidang tersebut.

Terdapat juga kelas keagamaan yang disediakan oleh Biro Wanita dengan bantuan Biro Agama dan Kebajikan serta KEMAS. Kelas-kelas agama sering diadakan pada hari Jumaat dan Ahad setiap minggu.

Selain itu, terdapat sebuah persatuan wanita yang dinamakan Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA). Setiausaha KUNITA merupakan penduduk di Kampung Gambut mempunyai produk perniagaannya sendiri yang dipasarkan di sekitar Batu Pahat dan Semerah. Kamsah Hadi adalah salah seorang daripada penduduk kampung yang telah membuka perniagaannya sendiri.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK