Antara bahan rujukan yang disediakan

Medan Ilmu Siber

P
 
 
Perpustakaan lengkap dengan kemudahan komputer

rojek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Di bawah program USP setiap kampung yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Kampung Gambut juga menerima kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. Perpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) Kampung Gambut yang mula beroperasi pada tahun 2003 adalah salah satu tempat tumpuan pelajar. Kedudukannya terletak kurang daripada 500 meter daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Gambut. Ini memudahkan pelajar sekolah tersebut untuk mengunjugi perpustakaan ini selepas tamat persekolah. Waktu operasinya pula ialah mulai hari Isnin hingga Khamis dari jam 1.00 tengah hari hingga jam 5.00 petang. Penyelaras perpustakaan itu ialah Ngaisah Sujak dan beliau menjalankan aktiviti yang bermanfaat bagi pengunjung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kelas komputer bagi wanita dan pelajar sekolah. Kelas itu dijalankan tidak mengikut masa yang ditetapkan bergantung kepada kesesuaian masa dan keadaan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK