Penempatan asal Kampung Gambut

Orang Jawa

T
 
 
Pembangunan yang memberangsangkan di sekitar Kampung Gambut

idak diketahui pula bagaimana wujudnya nama Kampung Gambut. Bagaimanapun, menurut golongan tua di Kampung Gambut, penduduk asal kampung itu ialah daripada keturunan Jawa. Mereka menetap di sini sebelum merdeka lagi. Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti pertanian dan perikanan untuk menampung kehidupan mereka. Oleh kerana dahulu tiada kelengkapan untuk menangkap ikan, maka kegiatan mereka lebih menjurus ke arah pertanian. Tanah yang terdapat di penempatan itu digunakan sepenuhnya untuk tujuan
pertanian dan penternakan secara kecil-kecilan seperti menternak ayam dan kambing.

Pembangunan dan kemajuan negara Malaysia memberi banyak perubahan terhadap Kampung Gambut. Jika dahulu penduduk tempatan mengalami kesukaran untuk menjalani kehidupan, kini kemudahan-kemudahan yang disediakan banyak membantu kegiatan seharian penduduk Kampung Gambut. Kemudahan asas juga telah dinaik taraf bagi keselesaan penduduk. Pembangunan Kampung Gambut juga menjadi inspirasi kepada kampung-kampung sekitar yang ingin bergerak maju seiring dengan wawasan negara.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK